BUKIT GAMBANG WATER PARK Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM540.00

RM540.00

Token Rebate 1

 

BUKIT GAMBANG WATER PARK

 

Bukit Gambang Water Park adalah taman tema air yang terletak di Gambang, Pahang. Bukit Gambang Water Park ini sebenarnya antara lokasi taman tema air yang sangat menarik di Malaysia. Lokasi bukit gambang daripada Kuala Lumpur tidak terlalu jauh dan hanya mengambil masa sekitar 1jam 30 minit sehingga 2 jam mengikut tahap kelajuan pemanduan anda melalui lebuh raya LPT. Bukit gambang water park ini mempunyai pelbagai jenis tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga. Kepada anda yang gemar terhadap aktiviti bermandi-manda dan inginkan kelainan daripada taman tema yang lain, anda boleh kunjungi bukit gambang water park dan rasai pelbagai jenis permainan air di sini. Selain daripada itu, anda perlu mengetahui barangan serta pakaian yang perlu dibawa sekiranya ingin mengunjungi bukit gambang water park antaranya ialah pakaian mandi (menutup aurat bagi pengunjung yang beragama islam), baju yang bersesuaian untuk bersantai dan juga selipar.

 

Selain daripada itu, bukit gambang bukan hanya untuk bermandi-manda sahaja, bukit gambang juga mempunyai aktiviti lain yang boleh anda lakukan sekiranya anda berada di sini antaranya ialah, ATV Fun Ride, ATV Explore Ride, Paintball, Obstacle Course, Night Jungle Walk, Flying Fox, Sky Trail. Harga untuk aktiviti ini adalah berasingan daripada harga tiket bukit gambang Water Park. Di bukit gambang juga terdapat safari yang menempatkan pelbagai jenis haiwan yang berkongsep terbuka sekiranya anda ingin menerokai serta mendekati hidupan liar dengan lebih dekat.

 

Syarikat kami ada menawarkan pakej menarik yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang merasai keunikan di Bukit Gambang ini dan rasai kelainan serta keseronokan sewaktu berada di sini. Sekiranya anda berminat dan ingin membuat sebarang tempahan untuk ke Bukit Gambang Water Park, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More