Bukit Merah Laketown Resort Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM732.00

RM732.00

Token Rebate 1

 

Bukit Merah Laketown Resort 

 

Bukit Merah Laketown Resort atau 'Bukit Merah Water Park' ialah sebuah pusat rekreasi bertema taman tasik yang menarik dan indah yang terletak di Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol yang berada di dalam daerah Bagan Serai/ Selama,Perak, Malaysia. Bukit merah laketown resort ini dibangunkan dengan kerjasama kerajaan negeri perak sebagai kawasan pelancongan yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Para pengunjung boleh menginap di hotel-hotel dan apartment yang disediakan dengan tawaran harga yang menarik.

 

Taman tema serta pusat rekreasi ini menyediakan banyak permainan sesuai untuk seisi keluarga termasuk gondola, taman air dan pulau orang utan. Terdapat juga mini zoo dengan pelbagai spesies haiwan liar yang jarang dijumpai seperti temburung. Taman tema air yang mempunyai keluasan sebesar 4.4 hektar ini mempunyai 14 jenis permainan seperti gelongsor, kolam ombak, 'Giant Wet Bubble', 'Lazy River' dan 'Giant Tube Slides' serta taman air kanak-kanak 'Kids Adventure River' serta 'Kids Perak Mining Pool'. Selain itu terdapat juga aktiviti yang tidak melibatkan air yang mana pengunjung pasti terhibur dengan pertandingan boling kelapa, 'hula hoop', 'limbo rock', 'telaga ping-pong', 'fear factor', aktiviti menyelam, 'chicken dance' serta pertandingan mencari harta karun.

 

Harga tiket yang ditawarkan amatlah berpatutan serta bukit merah laketown resort ini amatlah sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga yang datang untuk becuti dan melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini. Syarikat kami menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga yang amat berpatutan sesuai untuk anda seisi keluarga bercuti ke Bukit Merah LakeTown Resort. Sekiranya anda berminat dan ingin membuat sebarang tempahan untuk ke Bukit Merah LakeTown Resort, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More