CAMERON HIGHLAND Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM330.00

RM330.00

Token Rebate 0

 

CAMERON HIGHLAND

 

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Cameron Highlands mempunyai tiga mukim iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, dari Kuantan sejauh 355 kilometer dan dari bandar Ipoh, Perak sejauh 90 kilometer. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan seperti bas dan kereta melalui jalan Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak. Dari Kelantan pula, anda boleh melalui jalan Gua Musang dan sekiranya anda daripada negeri Pahang, anda boleh melalui Sungai Koyan.

 

Cameron Highlands merupakan antara lokasi di Malaysia yang beriklim tropika di tanah tinggi. Disebabkan Cameron Highlands terletak di kawasan tanah tinggi, kadar kelembapan di Cameron Highlands adalah sangat tinggi. Musim lembap di Cameron Highlands biasanya bermula pada bulan Oktober dan November manakala kelembapan menurun dicatatkan pada bulan Februari. CAMERON Highlands cukup terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia. Pusat peranginan ini kaya dengan khazanah semula jadi serta keunikan flora dan fauna. Keindahan Cameron Highlands tidak pernah pudar malah terus memukau siapa saja.

 

Terdapat pelbagai tempat menarik di Cameron Highland yang anda boleh lawati dan kunjungi sewaktu berada di sana antaranya ialah Taman Agro Teknologi Mardi (TATM), Gunung Lumut, Taman Flora, Hutan Lipur Parit Fall. Selain itu, Cameron highland juga terkenal dengan penghasilan teh, kerana Cameron Highland mempunyai ladang teh terbesar di Malaysia yang terletak di Brincang dan Sungai Palas.  Cameron Highland juga mempunyai pelbagai jenis tanaman seperti pokok bunga yang terdiri dari pelbagai jenis dan boleh di lihat di Taman bunga Cactus Point iaitu 500 meter dari Kea Farm, Rose Centre, Rose Valley. Anda juga boleh mengunjungi Kebun buah strawberi untuk melakukan aktiviti seperti memetik buah Strawberry atau membeli barangan makanan yang diperbuat daripada strawberry serta anda juga boleh mengisi masa lapang anda dengan melawati taman rama-rama yang mempunyai pelbagai jenis spisis rama-rama. Terdapat juga aktiviti meredah hutan sekiranya anda gemarkan aktiviti lasak.  Anda tidak perlu khuatir mengenai penginampan sewaktu berada di Cameron Highland kerana di sana terdapat pelbagai jenis penginapan mengikut keselesaan dan bajet anda.

 

Syarikat kami menawarkan pakej yang menarik untuk anda seisi keluarga dengan harga yang amat berpatutan. Sekiranya anda berminat dan ingin membuat sebarang tempahan untuk ke Cameron Highland, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More