CHOCOLATE KINGDOM Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM23.00

RM23.00

Token Rebate 0

 

CHOCOLATE KINGDOM

 

Beryl's Chocolate and Confectionery Sdn. Bhd. telah dicipta dengan satu matlamat tunggal iaitu kecemerlangan. Sejak syarikat beryl’s itu ditubuhkan pada tahun 1995, tumpuan syarikat beryl’s ini adalah untuk menghasilkan coklat terbaik untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan juga global. Kilang pertama syarikat ini dibuka di pekan kecil Desa Serdang yang terletak di zon selatan Kuala Lumpur. Beryl bermula dengan pembuatan coklat yang dibekalkan kepada pengguna yang mana coklat ini dijual di kedai-kedai bebas cukai dan pasar raya di seluruh negara. Syarikat beryl’s ini juga telah menubuhkan Beryl sebagai chocolatier serantau utama.

 

Pada tahun 1998, syarikat beryl’s ini telah berpindah ke kilang baru di Kawasan Perindustrian Seri Kembangan untuk menampung permintaan para pelanggan. Pelbagai jenis coklat yang berkualiti tinggi dihasilkan untuk di pasarkan kepada para pelanggan di dalam dan di luar negara. Pada tahun 2008 dan 2013, syarikat beryl’s telah membuka dua lagi kilang baru untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan beryl’s. Kini jenama beryl’s terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga turut menyukai coklat yang dihasilkan oleh kilang ini. Malah produk beryl’s juga telah mendapat pengiktirafan daripada pelanggan dari dalam dan luar negara. Kini anda boleh mendapatkan coklat bery’ls di lebih 15 buah Negara di seluruh dunia. Ini kerana mereka amat mementingkan penghasilan produk yang bermutu tinggi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 

Syarikat beryl’s menawarkan kepada para pelancong yang ingin datang melawat kilang beryl’s untuk mengetahui lebih lanjut proses pembuatan coklat dan boleh merasai pelbagai jenis coklat yang dihasilkan di sini. Sekiranya anda berminat dan ingin membuat lawatan ke kilang beryl’s yang terkenal dengan keunikan coklat yang tersendiri, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More