Farm in the City Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM86.00

RM86.00

Token Rebate 0

 

Farm in the City

 

Farm in the City yang terletak di Seri Kembangan Selangor, merupakan petting zoo yang berada antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang mana ianya mudah untuk dikunjungi oleh penduduk yang berada di daerah berkenaan. Apa yang menariknya mengenai Farm in the City ini ialah para pengunjung boleh mendekatkan diri dengan keindahan alam selain daripada haiwan-haiwan yang ada di sana. Farm in the City juga mempunyai perbezaan dengan Zoo yang biasa, kerana di sini anda boleh mendekati haiwan-haiwan ini secara dekat dan ada diantara haiwan yang boleh disentuh dan diberikan makanan.

 

Apa yang menarik disini, tiga elemen digabungkan di dalam satu tempat iaitu haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga alam semula hadi (Animals, Plants and Nature). Farm in the City  ini amat sesuai untuk ibu bapa yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak sambil mengajar anak-anak untuk cinta kepada alam semula jadi dan juga haiwan serta dapat merasai pengalaman di petting zoo, untuk mendekati haiwan-haiwan di sini seperti kura-kura, arnab, burung dan lain-lain.

 

Bayaran masuk ke Farm in the City ini tidak lah terlalu mahal, malah ianya berbaloi kerana pengalaman yang anda akan perolehi sewaktu berkunjung di Farm in the City ini berbeza dengan pengalaman anda berkunjung ke zoo. Apa yang menarik lagi berkaitan Farm in the City ini ialah, tiada had masa yang ditetapkan untuk anda berada di dalam kawasan lawatan Farm in the City. Jadi anda boleh mengambil masa yang lama untuk menerokai Farm in the City ini. Waktu Farm in the City dibuka pada 10 pagi sampai 6 petang untuk hari isnin-jumaat dan 9 pagi sampai 6 petang untuk hari sabtu, ahad dan cuti umum.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik bersama haiwan dan alam semula jadi di Farm in the City, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More