Menara Kuala Lumpur Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM23.00

RM23.00

Token Rebate 0

 

Menara Kuala Lumpur

 

Berdiri megah di atas Bukit Nanas dengan ketinggian 421 meter dan 94 meter di atas paras laut, Menara Kuala Lumpur adalah ciri utama bagi bangunan pencakar langit di bandar ini dan mungkin imej yang paling diingati oleh pengunjung yang datang berkunjung ke Kuala Lumpur. Seni binanya memaparkan budaya kesenian Islam. Selain pemandangan yang menarik, Menara Kuala Lumpur mempunyai sesuatu untuk mereka yang sukakan alam semulajadi. Kehijauan yang mengelilingi Menara Kuala Lumpur adalah Hutan Bukit Nanas yang mana hutan ini adalah hutan simpan paling tua diwartakan di negara ini. Ia meliputi kawasan seluas 10.05 hektar dan dianggap paru-paru hijau Kuala Lumpur. Ia mempunyai pelbagai flora dan fauna yang menarik, unik kepada iklam tropika negara ini.

 

Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang ketujuh tertinggi di dunia.  Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina IslamJermanPerancis dan tempatan. Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam.

 

Selain daripada itu, menara kuala lumpur juga mempunyai pelbagai aktiviti menarik dapat anda lakukan sewaktu berada di sini antaranya ialah, Dek Pemerhatian ini menawarkan panorama indah di Kuala Lumpur yang tiada tandingan. Dek Sky pula ialah, anda dapat melihat langit yang terbuka dan juga merupakan sudut pandangan tertinggi di Menara Kuala Lumpur. Bagi Sky Box, jika anda ingin mencari kelainan yang mengujakan anda boleh cuba duduk di dalam Sky Box. Di menara kuala lumpur juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai haiwan kecil dari seluruh dunia, seperti meerkat, rakun, dan rubah telinga kelawar, yang pasti buat anda tersenyum kerana kecomelan haiwan-haiwan di sini.

 

Terdapat juga Akuarium Blue Coral yang mempunyai pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna-warni dan menarik seperti ikan kardinal, ikan badut api, jerung terumbu, anemoni, ikan laut, ikan puffer dan spesies lain. Selain itu, di sini juga terdapat Teater XD yang memberikan anda pilihan beberapa simulasi 6D. Zon Simulasi F1 membolehkan anda berangan menjadi Lewis Hamilton di Zon Simulasi F1. Lengkap dengan audio dan visual yang menambah debaran, pengalaman ini akan membuatkan anda berasa berada dalam kereta F1.

 

Syarikat kami ada menawarkan pelbagai pakej menarik untuk anda yang ingin berkunjung ke Menara Kuala Lumpur untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang ada di Menara Kuala Lumpur. Sekiranya anda berminat dan ingin ke Menara Kuala Lumpur, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More