Taman Tema Berjaya Time Squares Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM27.00

RM27.00

Token Rebate 0

 

Taman Tema Berjaya Time Squares

 

Taman tema Berjaya Time Squares ialah taman tema yang menawarkan pelbagai jenis permainan yang mendebarkan sesuai untuk semua peringkat umur. Taman tema ini dibina pada tahun 2003 dan mempunyai keluasan 133,000 kaki persegi. Taman Tema ini juga ialah sebuah taman tema yang terletak di dalam pusat membeli-belah yang berada di tingkat 5 sehingga tingkat 8.  Apa yang menariknya mengenai taman tema ini ialah, ke semua permainan di sini berada di dalam satu kawasan besar yang terlindung daripada gangguan cuaca. Selain daripada itu, walaupun taman tema ini terletak di dalam pusat membeli-belah, namun terdapat pelbagai jenis permainan yang mencabar dan menarik.

 

Ruangan taman tema ini besar dan luas serta dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi kerana ianya berada di dalam keadaan terbuka di dalam pusat membeli belah time square untuk dilihat oleh orang ramai. Selain daripada itu, taman tema ini diiktiraf sebagai taman tema tertutup kedua terbesar di asia. Taman tema ini juga mempunyai 14 jenis permainan dan dibahagikan kepada 2 kawasan yang berbeza iaitu, Stesen Galaxy dan Fantasy Garden. Bagi stesen Galaxy yang terletak di tingkat 5, stesen ini menawarkan permianan untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke atas. Untuk stesen Fantasy Garden yang terletak di tingkat 7, stesen ini menawarkan permainan santai yang perlahan sesuai untuk kanak-kanak serta keluarga. Stesen ini juga mempunyai Garden Avenue berwarna-warni dengan tujuh permainan yang dicipta untuk kanak-kanak serta keluarga. Taman tema ini adalah salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong oleh kerana keunikan serta kepelbagaian jenis permainan yang terdapat disini disampaing harga tiket yang ditawarkan amat berpatutan.

 

Syarikat kami menawarkan pakej menarik dengan harga yang amat berpatutan, sesuai untuk anda seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang merasai keunikan Taman Tema Berjaya Time Square ini dan rasai kelainan serta keseronokan sewaktu berada di sini. Sekiranya anda berminat dan ingin ke Taman Tema Berjaya Time Square, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More