Zoo Negara Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM55.00

RM55.00

Token Rebate 0

 

Zoo Negara

 

Zoo Negara Malaysia ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung. Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Zoo Negara mempunyai keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

 

Apa yang menariknya di zoo negara ini ialah, pengunjung boleh melihat haiwan dengan lebih dekat dan terbuka. Malah zoo negara mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai bersama ahli keluarga dan memiliki pemandangan hutan dan landskap yang cantik dan memukau.  Selain itu terdapat juga pelbagai jenis aktiviti yang turut dianjurkan oleh pihak zoo negara seperti persembahan haiwan yang semestinya akan dapat menarik perhatian anda serta ahli keluarga. Di zoo negara terdapat 16 jenis pameran yang dikelaskan mengikut jenis haiwan. Antara tarikan lain yang terdapat di dalam zoo ini ialah tunggangan keretapi dan lawatan berpandu boleh didapati pada hujung minggu. Zoo negara turut mempunyai muzium Mini Lebah yang terletak di tengah-tengah Zoo Negara untuk mambantu mendidik pengunjung mengenai pelbagai jenis lebah di negara ini. Zoo negara juga menyediakan perkhidmatan pendidikan percuma kepada pelancong. Antara aktiviti yang percuma termasuk lawatan berpandu, ceramah, seminar dan sesi interaktif.

 

Syarikat kami ada menawarkan pakej menarik yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang merasai keunikan zoo negara sewaktu berada di sini. Sekiranya anda berminat dan ingin ke zoo negara, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More