PANTAI DESARU KOTA TINGGI Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM950.00

RM950.00

Token Rebate 1

 

Pantai merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ini kerana keindahan pemandangan serta deruan ombak yang memukau membuatkan pantai adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi apabila berada di sekitarnya. Pantai desaru merupakan pantai yang terkenal dengan pasir putih yang memukau setiap pelancong yang datang, di samping pemandangan menghadap laut china selatan.

 

Terdapat pelbagai kemudahan tempat penginapan seperti resort di sepanjang pantai yang boleh anda menginap yang mana pantai desaru merupakan kawasan tumpuan untuk keluarga bercuti dan meluangkan masa bersama. Pelbagai aktiviti menarik boleh anda dapati di sini seperti snorkeling, jet ski, parasailing memancing dan bermandi manda

 

Bagi peminat aktivtiti surfing, anda boleh berkunjung ke sini pada disember hingga februari di mana pada waktu itu ombak agak kuat dan sesuai untuk aktiviti peluncuran. Selain itu, anda boleh melihat kunang-kunang di sungan lebam pada waktu malam untuk melengkapkan percutian anda di sini. Di sini juga disediakan tempat untuk anda melakukan bbq pada waktu malam. Apa yang menariknya adalah di sepanjang pantai yang indah ini terdapat barisan pokok ru sepanjang 25 kilometer bagi mencantikkan lagi sekeliling pantai desaru ini.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di pantai desaru, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati.

View More