ZOO JOHOR JOHOR BAHRU Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM890.00

RM890.00

Token Rebate 1

 

Dibukan pada tahun 1928 oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Zoo Johor adalah salah satu zoo tertua di negara ini dan juga di Asia yang terletak di tengah-tengah pusat bandar. Pada asalnya ia dipanggil "taman haiwan", pengurusan zoo bersaiz sederhana ini telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada tahun 1960-an. Anda akan dapat melihat singa yang garang, atau bermain dengan gajah yang mesra. Perhatikan buaya besar dari jarak yang selamat, atau bersiar-siar di sekeliling tasik sambil melihat burung akuatik.

 

zoo ini menempatkan lebih 100 spesis haiwan termasuk binatang eksotik dan terancam. Antaranya ialah gajah, singa, gorila, burung flamingo, dan lain-lain. Anda berpeluang untuk menonton pertunjukan haiwan yang pasti menghiburkan di sini. Terdapat berbagai-bagai gerai makanan di sini untuk memastikan pengunjung zoo dapat berehat dan mengisi perut semasa berada di dalam zoo. Zoo Johor ini pastinya merupakan tempat yang amat sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga. Luangkan masa anda di zoo unik ini, dan kembali dengan kenangan yang indah dan memuaskan. Zoo Johor dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Ia agak padat ketika musim cuti umum dan cuti sekolah, adalah lebih baik jika anda mengelak waktu puncak seperti ini jika anda tidak sukakan orang ramai.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di zoo johor, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More