Taman Buaya Teluk Sengat Kota Tinggi Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM1,080.00

RM1,080.00

Token Rebate 1

 

Dibuka sejak 1979, taman buaya kini menempatkan lebih 1000 ekor buaya. Anda berpeluang untuk melihat pelbagai jenis buaya di sini malahan dikatakan terdapat buaya yang sudah berusia lebih 100 tahun termasuk buaya tiada gigi yang berusia 130 tahun. Zaman kegemilangannya sudah berlalu, buaya tua ini lebih suka menghabiskan masa lapang berjemur di bawah terik matahari berbanding beraksi di depan pengunjung.

 

Kebanyakan buaya di sini adalah dari spesis buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Apabila anda menjelajah lebih jauh ke dalam ladang ini, anda akan dapat melihat bahawa saiz buaya menjadi semakin besar. Di samping itu, terdapat juga pertunjukan buaya di sini di mana penjaga buaya akan memberi makanan kepada buaya-buaya di dalam sangkar dengan jarak yang dekat.

 

Untuk pengalaman yang lebih menerujakan, anda boleh memegang sendiri anak buaya yang tidak berbahaya. Anda boleh membelai mereka dan menangkap gambar bersama mereka. Dan untuk melengkapkan perjalanan anda di sini, anda boleh berkunjung ke gerai cenderahati di sini. Anda akan mengetahui banyak fakta menarik mengenai buaya, dan membawa pulang cenderamata. Ladang ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di taman buaya teluk sengat, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More