UK AGRO RESORT KLUANG Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM760.00

RM760.00

Token Rebate 1

 

Sebuah ladang ternakan kambing yang juga pusat peranginan ini merupakan salah satu ladang kambing terbesar di Malaysia. Berkeluasan lebih kurang 100 ekar, ladang ini mengandungi lebih 4000 ekor kambing dan biri-biri di samping terdapat haiwan lain seperti rusa dan burung unta. Pelbagai kemudahan disediakan di resort ini seperti chalet, dorm, restoran, dan bilik persidangan.

 

Resort ini menyediakan bermacam-macam pakej pelancongan pada harga yang berpatutan. Selain itu, setiap pakej juga mempunyai keistimewaan sendiri. Terdapat pelbagai aktiviti disediakan di dalam pakej-pakej ini antaranya ialah lawatan ke ladang kambing dan biri-biri menaiki kereta kuda, lawatan ke ladang rusa, dan lawatan ke kilang pemprosesan bulu biri-biri.

 

Dan yang lebih menarik, resort ini telah menjalinkan kerjasam dengan penduduk sekitar untuk menjalankan Projek Felda Ayer Hitam Homestay di mana lebih 120 rumah penduduk tempatan dijadikan sebagai rumah tumpangan untuk pengunjung resort ini yang inginkan suasana kampung.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di UK Agro Resort, Kluang, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More