LEGOLAND MALAYSIA RESORT JOHOR BAHRU Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM890.00

RM890.00

Token Rebate 1

 

Siapa yang tidak kenal dengan permainan Lego. Permainan yang menjadi kegilaan di zaman kanak-kanak kini telah diterjemahkan sebagai taman tema permainan yang amat menyeronokkan. Legoland Malaysia merupakan Legoland pertama di Asia, dibuka pada tahun 2011 dan sehingga kini menarik lebih ribuan pengunjung setiap hari.

 

Taman tema yang juga mempunyai pusat penginapan sendiri menawarkan lebih 70 daya tarikan dan aktiviti menyeronokkan. Antaranya ialah tunggangan (rides) yang terdiri daripada Dragon’s Apprentice dan Project X. Terdapat juga gelongsor air yang amat menyeronokkan seperti Lego Slide Racer dan Brick Blaster.

 

Tidak cukup dengan itu, terdapat Miniland di mana tempat ini menayangkan mini monumen terkenal yang dibina dengan Lego seperti KLIA, Putrajaya, Gerbang Istana Sultan Johor, dan macam-macam lagi.

 

Untuk pengunjung yang ingin bersantai, anda boleh menaiki kereta api Lego yang akan melalui setiap pelusuk Legoland Malaysia. Kepada pengunjung yang ingin menginap di sini, terdapat hotel disediakan iaitu Legoland Hotel.

 

Keistimewaan diberikan kepada penginap di hotel ini adalah mereka akan mendapat akses istimewa untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu di samping dapat menghadiri pertunjukan Lego yang tidak ada di Legoland. Terletak 10 minit daripada bandaraya Johor Bahru, tidak hairanlah Legoland Malaysia dapat menarik makin ramai pelancong saban hari.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di legoland malaysia resort, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More