PUTERI HARBOUR INDOOR PARK JOHOR BAHRU Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM900.00

RM900.00

Token Rebate 1

 

Terletak di Nusajaya, kawasan yang makin pesat membangun di dalam Johor Bahru, bangunan 4 tingkat ini mengandungi tarikkannya yang tersendiri khususnya buat kanak-kanak. Merupakan taman tema, setiap tingkat di sini mempunyai temanya yang tersendiri. Di aras tanah, terdapat pelbagai café yang bertemakan superhero dan watak kartun. Melengkapkan tingkat dua dan tiga di Puteri Harbour Indoor Park ialah taman tema yang bertemakan watak kartun kanak-kanak yang terkenal.

 

Di tingkat 2, pengunjung dapat bermain bersama Pingu, Barney, Bob the Builder, dan Angelina. Siapa saja yang tidak kenal dengan kartun Pingu dengan igloo nya, Barney dengan tarian dan nyanyiannya, dan Bob the Builder dengan jentolaknya yang boleh bercakap. selain itu di tingkat 2 juga terdapat Sanrio Hello Kitty Town yang merupakan taman tema Hello Kitty pertama yang dibuka di luar negara Jepun. Kawasan yang lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan, tarikan utamanya sudah pastilah Kitty’s House. Rumah yang dihias seakan-akan rumah Hello Kitty ini pasti dapat memberi keseronokan kepada anak-anak anda.

 

Terdapat juga studio untuk membuat biskut dan barang kemas bertemakan Hello Kitty. Selain itu, ibu bapa boleh serta turut dalam Black Wonder Game di mana peserta perlu menyelesaikan beberapa teka teki dengan menggunakan petunjuk yang telah disediakan.

 

Manakala tingkat 3 yang bertemakan Thomas and Friends melengkapkan pengalaman manis untuk kanak-kanak. Thomas the Train, menunggang kereta api mini ini ialah tarikan yang paling terkenal di tingkat ini. Terdapat juga mini ferris wheel yang bertemakan watak kartun Thomas. Di samping itu, terdapat sebuah restoran di sini yang dinamakan Lat’s Place bersempena dengan artis komik Malaysia yang terkenal iaitu Lat.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di puteri harbour indoor park, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More