DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM1,080.00

RM1,080.00

Token Rebate 1

 

Mencari tempat bercuti yang mempunyai pelbagai permainan menarik disamping pemandangan yang cantik? Mari berkunjung ke Desaru Coast Adventure Waterpark yang menyediakan pelbagai permainan menarik untuk anda seisi keluarga. Terletak di dalam kawasan berkeluasan 21 ekar, Desaru Coast Adventure Waterpark mempunyai lebih kurang 5 zon permainan yang anda boleh terokai sewaktu berada di sini. Antara permainannya adalah Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy. Apa yang anda perlu ketahui adalah Tidal Wave Beach Desaru Coast antara yang terbesar di dunia, jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai keunikanya.

 

Selain itu anda yang mempunyai anak-anak kecil terdapat juga permainan untuk mereka iaitu Kids Ahoy adalah antara zon wajib anda perlu pergi. Walaupun permainan untuk kanak-kanak, namun tempat permainannya amat luas dan menyeronokkan. Bukan itu saja, di Desaru Coast Adventure Waterpark, anda juga boleh cuba main golf di ELS Club Desaru Coast. Jangan risau, kalau anda tak pandai bermain golf, di sana ada cikgu yang akan mengajar anda sampai anda tahu bagaimana untuk memukul bola golf dengan betul.  

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di Desaru Coast Adventure Waterpark, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More