ANGRY BIRDS ACTIVITY PARK JOHOR BAHRU Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM910.00

RM910.00

Token Rebate 1

 

Dibuka sejak 31 Oktober 2014, Taman Aktiviti Angry Birds adalah merupakan kawasan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dengan hiburan seluas 26,000 kaki persegi. Taman aktiviti ini merupakan usaha-sama pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd, yang berpangkalan di Finland. Terdapat banyak permainan menarik untuk kanak-kanak dan remaja, yang mencabar kemahiran motor, kemahiran kognitif, kawalan badan dan tindak balas kelajuan.

 

Kanak-kanak kecil akan menikmati permainan interaktif Lazer Maze Spaceship, Classic Tower Play, GO! Kart dan trampolin Anti-Gravity. Belia pula akan menikmati Lazer Bird Shoot, Space Drop Airbag, Panna Soccer, Red Bird Goal dan Air Parkour Track. Keseronokan akan berterusan untuk semua di Spinning Time Machine, Piggy Shooting Gallery, Captain Black Bird Ship dan Sand Castle Ball Pit.

 

Taman aktiviti ini juga menyediakan persekitaran di mana seluruh keluarga dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama. Ini juga dapat merapatkan hubungan kekeluargan apabila kanak-kanak dan orang dewasa boleh  bermain bersama-sama. Di sini juga terdapat restoran dan kedai cenderamata untuk anda membeli cenderamata.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di angry birds activity park, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.  

View More