ZENXIN ORGANIC PARK KLUANG Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM700.00

RM700.00

Token Rebate 1

 

Anda boleh datang ke sini jika anda ingin merasa buah-buahan segar yang boleh dipetik sendiri dari ladang. Kilang yang pada mulanya menghasilkan baja kemudian bertukar menjual hasil pertanian organik ini akan menyambut tetamunya dengan teh buah mulberi yang dibancuh segar.

 

Ladang ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh melawat kebun buah naga, kebun buah mulberi, kebun timun, di samping melawat ladang ternakan arnab dan itik. Anda boleh memilih untuk berjalan atau menyewa basikal untuk melawat ladang yang sangat besar ini.

 

Terdapat juga aktiviti seni yang sangat unik di mana anda perlu mengetuk bunga di atas kertas sehingga ia meninggalkan kesan dan warna mengikut bunga tersebut. Terdapat banyak makanan untuk pengunjung setelah lawatan selesai, anda perlu mencuba jus buah mulberi dan jus buah naga yang amat menyegarkan dan enak.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di Zenxin Organic Park, Kluang, anda boleh layari www.allhalal.com.my atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.   

View More