MUZIUM NENAS PONTIAN Taxi Executives


Weight : 0 kg

RM820.00

RM820.00

Token Rebate 1

 

Muzium Nenas Johor merupakan sebuah muzium yang didedikasikan kepada buah tropika ini. Di dalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai nenas, artifak, penerbitan dan informasi mengenai industri nenas di Malaysia. Pontian dipilih sebagai lokasi Muzium Nenas Johor ini kerana Pontian pernah menjadi mengeluar nenas terbesar negara. Maka, kerana fakta itu, amat sesuai sekali Pontian menjadi lokasi bertapaknya Muzium Nenas Johor dan merupakan satu-satunya muzium yang didedikasikan kepada buah tropika ini.

 

Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak mengenai penanaman dan industri nenas di Malaysia sejak daripada permulaan nenas ditanam di Malaysia hingga sekarang. Selain itu, di muzium ini juga turut mempamerkan informasi mengenai kaedah penanaman nenas, pengawalan seranggan perosak dan penyakit dan lain-lain lagi.

 

Pelbagai variasi nenas turut ditanam di kawasan muzium ini untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali variasi tanaman nenas di Malaysia. Pengunjung turut berpeluang untuk mempelajari teknik menghasilkan benang daripada daun nenas yang kemudiannya digunakan untuk membuat baju.

 

Anda juga dapat melihat pelbagai jenis nenas yang ditanam di bahagian luar muzium ini. Selain itu, anda juga dapat membeli pelbagai barangan berasaskan nenas seperti jem dan jus.

 

Sekiranya anda berminat dan ingin berkunjung dan merasai pengalaman unik sewaktu berada di Muzium Nenas, anda boleh layari www.allhalal.com atau anda boleh hubungi nombor yang tertera ini 03-21815393 untuk sebarang maklumat berkenaan pakej yang ditawarkan oleh syarikat kami. Harga yang syarikat kami tawarkan amat berpatutan dan anda pasti berpuas hati. Harga tambang teksi adalah berdasarkan Teksi Executive yang di naiki dari KLCC.

View More